
Jika anda ingin melarikan diri dari kehidupan bandar untuk mencari ketenangan di tempat yang indah, destinasi paling sempurna untuk anda ialah Desa Giethoorn di Belanda. Keindahan alam semulajadi, rumah dengan rekabentuk lama, menyusur terusan menggunakan bot atau bersiar-siar di jambatan kecil, pastinya desa ini menawarkan ketenangan sekaligus melupakan bunyi bising kereta, yang tidak dialukan di sini, lebih tepat lagi disebabkan desa ini tidak mempunyai sebarang jalanraya. Giethoorn hanya mula dikenali selepas tahun 1958, apabila seorang pengarah filem Belanda, Bert Haanstra membuat penggambaran komedi terkenalnya "Fanfare" di sini. Diasaskan oleh penghijrah dari Mediterranean pada awal kurun ke 13, kini Giethoorn menjadi tarikpan pelancongan yang wajib dikunjungi.

Desa ini didiami lebih kurang 2,600 penduduk yang tinggal di pulau kecil milik peribadi. Terdapat lebih kurang 180 jambatan kecil yang menghubungkan ke hampir kesemua rumah tersebut, dan sudah pasti, pilihan kedua adalah dengan menggunkan bot-bot kecil. Di Giethoorn, terdapat pelbagai muzium yang membolehkan anda mengetahui bahkan mengkaji tentang cara hidup dan apa yang dihasilkan oleh warga Giethoorn sejak 100 tahun lalu, seperti pertukangan seramik. Pameran seni juga giat diadakan di Giethoorn, dan juga terdapat aktiviti khas untuk kanak-kanak. Semasa musim sejuk, tempat ini sangat digemari oleh penggemar aktiviti luncur ais.


Keindahan tempat ini boleh dinikmati oleh pengunjung menggunakan bot pesiaran, selain menyewa bot dan menyusuri kawasan sekitar bersama rakan-rakan. Cara kedua untuk beramah-mesra dengan warga Giethoorn adalah dengan berjalan kaki menyusuri deretan jambatan kecil, malahan terdapat perkhidmatan sewa basikal disediakan. Desa indah ini terletak di dalam wilayah Northwestern Overijssel, di bahagian tengah negara Belanda. Dari Amsterdam, ia sejauh 90 km dan lebih kurang 110 km dari Rotterdam dan Hague.










Kredit: YourAmazingPlaces