Monday, 24 July 2017

Pelajar Tingkat 2, Tinggi Hampir 2 Meter - Utusan Malaysia


JAKARTA 24 Julai - Seorang pelajar kelas 10 atau tingkatan dua Sekolah Menengah Atas Tengerang dekat Jakarta terpaksa menggunakan kerusi dan meja khas berikutan ketinggiannya yang mencecah hampir 2 meter.

Renard Ichthus Hernando, 14, yang tingginya kini 195 meter sukar menggunakan kerusi dan meja biasa sebagaimana pelajar lain.

Berikutan itu pihak sekolah berkenaan merancang menyediakan kerusi dan meja khas untuknya supaya dia dapat mengikuti pelajaran dengan selesa.

Pihak sekolah perlu memesan kerusi dan meja yang lebih tinggi untuk keselesaan Renard,” kata Pengetua Sekolah Menengah Atas 18 Kabupaten Tangerang, Heri Supriatna dipetik detik.com hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

Sunday, 23 July 2017

Jihan Muse Masuk Hospital, Jalani Pembedahan - Astro Gempak


Pelawak dan aktres Jihan Muse dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang apendiks.

Perkhabaran itu disampaikan menerusi kemas kini Facebook milik penolong penerbit untuk progran MeleTop, Muhamad Nor Hisyamuddin Sahak.

"Penangan trending #1 terus masuk hospital operate appendix kesiannya akak Jihan Muse... Semoga cepat sembuh ya..." tulis Hisyamuddin.

Sebelum ini, video klip parodi MeleTop I Am Me yang dilakonkan oleh Jihan bersama Bell Ngasri menjadi trending di laman sosial.

Astro Gempak mendoakan agar segala urusan Jihan dipermudahkan dan segera mendapat kesembuhan.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri Biniku Ninja lakonan Jihan bersama suaminya Ungku Hariz kini memasuki minggu terakhir.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Biniku Ninja yang bersiaran setiap Isnin hingga Rabu, jam 9.00 malam di Astro Oasis dan Astro Maya HD.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Sumber: Astro Gempak, 23 Julai 2017

Saturday, 22 July 2017

9 Keistimewaan Dinikmati Ratu Elizabeth II Yang Akan Buat Anda Ternganga


Rasanya tak perlu dikenalkan lagi siapa Ratu Elizabeth II, pasti semua mengenalinya kan. Bagi yang tak mengenali, beliau adalah raja yang paling lama memerintah di atas muka bumi ini. Ratu Elizabeth II telah menjadi Ratu United Kingdom, Kanada, Australia dan juga New Zealand sudah 65 tahun, sejak 1952.
Beliau sudah lama berada di dalam keluarga Diraja, semenjak keluarga Diraja dahulu mempunyai kuasa yang sangat hebat dan kelebihan yang banyak, sehinggalah kini di mana keistimewaan itu semakin berkurangan. Tetapi, masih terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang dinikmati oleh Ratu England ini.





iluminasi.com ingin berkongsi 9 kelebihan dan keistimewaan yang dinikmati oleh Ratu Elizabeth II yang boleh buat anda terkesima.

1. Tak perlukan lesen memandu

Pelik juga kan kalau seorang permaisuri atau raja untuk pergi ambil ujian memandu kan, mestilah pengajar tu takut nak bagi gagal kan? Ya, memang Ratu Elizabeth II tak perlukan lesen untuk memandu. Di United Kingdom, semua jenis lesen memandu dikeluarkan di bawah nama Permaisuri, jadi, takkanlah beliau nak keluarkan lesen untuk diri sendiri kan? Contoh macam kalau anda tuan restoran, dah tentu anda makan percuma.
Walaupun tidak memerlukan lesen memandu, itu tak menjadikan Ratu Elizabeth II seorang pemandu yang cuai, malah ketika Perang Dunia Kedua, beliau pernah memandu ambulans dan juga memandu Land Rover beliau membawa putera Arab Saudi ketika lawatannya ke England pada tahun 1998.

2. Tak perlu patuh had laju

Seperti memandu tanpa lesen, beliau boleh memandu seberapa laju yang disukai tanpa perlu mematuhi had laju memandu. Tak ada siapa yang mempunyai kelebihan ini, termasuklah adik Ratu Elizabeth II sendiri iaitu Princess Margeret. Menurut Princess Margeret, kakaknya itu suka memandu laju! Jadi kalau nampak kereta laju kat jalan tu, mungkin Ratu Elizabeth II. Tapi mungkin disebabkan usia, beliau kini tak lagi pandu laju dan hanya memandu di estetnya sahaja. Boleh tahan jugak permaisuri ni.

3. Tak perlu pasport untuk ke luar negara


Ketika anda sibuk-sibuk mengemas pakaian nak pergi travel, sangat penting untuk anda tak terlupakan perkara paling penting, iaitu pasport, tapi itu tak berlaku kepada Ratu Elizabeth II. Tak ramai yang mempunyai kelebihan ini di atas muka bumi ini. Seperti lesen memandu juga, semua pasport British dikeluarkan oleh beliau, jadi Ratu Elizabeth II tak perlukan pasport. 

4. Hak untuk tak beri maklumat

England mempunyai masyarakat yang demokratik di mana orang awam dan juga pihak wartawan mempunyai kebebasan untuk bertanyakan soalan yang munasabah dan meminta maklumat berkenaan perkara yang sedang berlaku. Tetapi, seperti mereka ini, keluarga Diraja juga mempunyai hak dan kuasa untuk tidak memberikan maklumat yang diminta, yang membolehkan Ratu Elizabeth II menjaga hal-hal sulit keluarga.

5. Tak perlu bayar cukai

Jika anda sering mengeluh mengenai GST yang anda perlu bayar setiap hari, ia tidak berlaku kepada Ratu Elizabeth II. Setiap rakyat yang bekerja harus membayar cukai daripada pendapatan mereka, kecuali Permaisuri, namun dengan murah hatinya Ratu Elizabeth II membayar cukai secara sukarela sejak tahun 1992. Inilah yang dikatakan patriotik, bila kaya-raya, bantu rakyat. Bukan cekik rakyat untuk nak kaya-raya.

6. Boleh isytiharkan perang

Mengisytiharkan perang atau keengganan untuk berdamai dengan mana-mana negara di atas muka bumi ini berada dalam genggaman Ratu Elizabeth II. Walaupun isu untuk mengisytiharkan perang biasanya dikendalikan oleh parlimen namun ia perlu mendapat izin daripada Permaisuri. Jika Ratu Elizabeth II mengisytiharkan perang ke atas Malaysia esok, semua 15 negara yang berada di bawah takhtanya juga akan mengisytiharkan perang terhadap kita.
Beliau juga boleh memecat jawatan kerajaan Australia dan Canada ikut suka hati beliau. Ia berlaku kepada Perdana Menteri Australia pada 1975.

7. Boleh bela ikan lumba-lumba dan makan angsa

Ini agak ekstrem. Undang-undang United Kingdom mengharamkan pemburuan angsa dan dilindungi oleh Ratu Elizabeth II, apatah lagi memakannya. Selain itu, semua angsa yang berada di Sungai Thames adalah milik beliau. Akan tetapi, Ratu Elizabeth II mempunyai keistimewaan dan kebebasan untuk menikmati makanan kegemaran nenek moyangnya dengan memanggang angsa-angsa tersebut.
Apa yang lebih membuatkan anda ternganga adalah semua ikan paus dan ikan lumba-lumba yang berenang di perairan United Kingdom adalah milih Ratu Elizabeth, namun ia diharamkan untuk dibela oleh orang lain.

8. Tak boleh disaman atau didakwa

Undang-undang ini dahulunya pernah dinikmati oleh raja-raja Melayu sehinggalah ia ditarik balik. Jika anda tak puas hati dengan Ratu Elizabeth II dan ini menyamannya, lupakan sahaja hasrat anda. Ia kerana beliau berada di atas sekali, dan undang-undang pun tak dapat nak berbuat apa-apa. Beliau tak boleh dipenjarakan dan tidak perlu mengemukakan sebarang bukti di mahkamah, dan keistimewaan ini juga dinikmati dan digunapakai secara antarabangsa.

9. Boleh tolak dan langgar mana-mana undang-undang

Segala undang-undang yang ingin dipinda perlu melalui parlimen dan House of Lords terlebih dahulu, sebelum diberikan kepada Ratu Elizabeth II untuk mendapatkan kebenaran Diraja. Sama ada undang-undang itu menjadi undang-undang baru atau tidak, terletak di tangan beliau. Kalau beliau rasa tak suka, maka tak jadilah undang-undang. Tetapi mengikut sejarah, beliau tidak akan menolak.
Bukan itu sahaja, Ratu Elizabeth II juga boleh melanggar mana-mana undang-undang. Apa sahaja undang-undang yang ada di United Kingdom. Beliau boleh mencuri di pasaraya, boleh langgar lampu isyarat, boleh ambil tanah persendirian jika berlaku kecemasan. Tak ada duit? Tak ada masalah, Ratu Elizabeth II boleh cetak duit sendiri, dan beliau mempunyai mesin cetak duit di Istana Buckingham. Tapi jika boleh ambil barang percuma, apa gunanya duit lagi kan?
Beliau boleh rompak bank, malah bunuh orang di khalayak ramai sekalipun, dan tak dikenakan apa-apa hukuman. Tapi ini tak pernah berlaku pun la walaupun Ratu Elizabeth II boleh buat macam ni.Penulis rasa Ratu Elizabeth II macam boleh buat apa saja beliau suka je kan.

Sumber: iluminasi.com

Friday, 21 July 2017

'Last-last dia sangkut juga dengan orang Kelantan' - Nabilah >> The Reporter


Alkisahnya, tiada sesi ngorat mengorat pun masa pertama kali kenal. Masa mula-mula kenal, masing-masing suka kutuk negeri masing-masing. Aku kutuk Terengganu, dia kutuk Kelantan. Dia mulakan dulu, memang aku balas balik. Dua-dua kaki kutuk rupanya. 

Walhal dulu tak ada sejarah silam pun dengan lelaki Terengganu atau berkait apa-apa dengan orang Terengganu. Entahlah kenapa racist. Hahaha! Dia pula tak suka orang Kelantan sebab loghat orang Kelantan. Tak faham katanya. Dia siap suruh aku pindah ke planet lain sebab cakap macam alien. Padahal loghat dia lagi alien. 

Disebabkan dulu dia ini racist gila dengan orang Kelantan, sekarang ini dah mendapat bakal isteri original pior from Kelantan. Dalam duk mengutuk negeri masing-masing, terjatuh cinta tanpa sengaja. Ceh gitu. 

Bila pertama kali dia datang ke Kelantan semasa nak datang merisik dan bertunang, dia puji negeri Kelantan dan cakap tak boleh dinafikan memang perempuan Kelantan semua cantik-cantik belaka.

Hari last dia boleh cuci mata?!

Tapi dia cakap bakal isteri dia paling cantik. Awww! Sorry Neelofa. 

So, yang tak nak berjodoh dengan perempuan Kelantan, don't be racist sangat dengan orang Kelantan, nanti jadi macam dia. Last-last tersangkut juga dengan orang Kelantan. Kalau dia seorang tersangkut, tak apalah. Masalahnya dengan I sekali tersangkut. Padan muka, kan dah berkongsi kerusi atas pelamin. Kahkahkah!

Nor more racist okay and don't try this at home. Lots of love from Kelantan. 


Sumber : The Reporter

Thursday, 20 July 2017

'Bas Hebat, Ada GPS, Wifi Bagai Tapi Sayangnya Pemandu Tak Berhemah' - Netizen Mahu Pemandu Bas Diambil Tindakan Kerana Bawa Macam Pelesit


Orang kata malang tak berbau dan kemalangan jalanraya boleh dielakkan jika pengguna jalan raya lebih berhemah dan berhati-hati. Tetapi walaupun kita sudah mengambil langkah berjaga-jaga namun atas kecuaian orang lain pun boleh menyebabkan kita terlibat dalam kemalangan. 

Selalunya kenderaan-kenderaan seperti bas dan lori dipandu dengan laju bagaikan raja di jalan raya. 

Mereka tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Tidak hairanlah mengapa seringkali kita dengar kes kemalangan melibatkan lori dan bas berlaku setiap masa. 


Ini apa yang terjadi kepada seorang pengguna Facebook, Nazrin Haikal Ruslan yang berkongsi satu video sebuah bas ekspres yang memandu secara melulu. Berikut adalah perkongsian penuh darinya. 



Menerusi video tersebut, bas tersebut menghimpit kereta yang dipandu oleh Nazrin dan sebuah kenderaan lain di hadapannya serta kenderaan yang bertentangan terpaksa mengelak bas tersebut daripada bertembung. 

Rata-rata netizen menyeru pihak berkuasa supaya mengambil tindakan ke atas pemandu bas tersebut kerana tindakannya itu membahayakan nyawa pengguna jalanraya lain. 



Semoga kejadian ini menjadi peringatan kepada pemandu-pemandu kenderaan berat yang lain supaya memandu dengan lebih berhemah. -

Sumber : FB Nazrin Haikal Ruslan
Kredit: www.kakishare.my

Wednesday, 19 July 2017

'Jangan panggil saya Datuk Kabi' - Sinar Harian


SERDANG - Ketua Pegawai Eksekutif AGR Auto Trade Holding Berhad meminta orang ramai berhenti memanggil dirinya sebagai Datuk Kabi.
Datuk Seri C Kamaleshwaran berkata, setiap individu mempunyai sejarah tersendiri namun orang awam tidak boleh berterusan menghukum.

"Jangan panggil saya Datuk Kabi!. Saya ada nama sendiri.

"Saya akui ada sejarah lampau dan pernah didakwa di mahkamah, namun ia telah berlaku.

"Yang lepas biarkan lepas. Tidakkah ada ruang dan peluang untuk saya?," katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabatnya, di sini hari ini.

Kamaleshwaran berkata, beliau turut berharap orang awam berhenti menjaja kisah hidupnya.
"Saya juga ada keluarga sama seperti semua. Saya juga melibatkan diri dengan pelbagai program kebajikan bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan," katanya.

Kamaleshwaran berkata, beliau turut berharap orang awam berhenti menjaja kisah hidupnya.
"Saya juga ada keluarga sama seperti semua. 

Saya juga melibatkan diri dengan pelbagai program kebajikan bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan," katanya.

AGR menjadi tumpuan masyarakat terutamanya di media sosial selepas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa pemilik kenderaan mengambil semula kenderaan di bawah kawalan pajakan syarikat berkenaan.

Sumber: Sinar Harian, 19 Julai 2017

Siapa yang jawab call 9 saat itu? - The Reporter


Ini kisah seram. Nak percaya atau tidak, terpulang. Tetapi pertama kali berlaku pada saya. 

Sewaktu berada di Pekan, Pahang, saya menginap satu malam di sebuah resort yang terletak hanya lebih kurang 200 meter dari Pentas Utama Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri. Resort itu betul-betul di tepi Tasik Sultan Abu Bakar. 

Malam itu, masing-masing tidur kepenatan sebab sehari suntuk berada di majlis itu. Jam 4.15 pagi, saya terjaga dari tidur. Bila toleh ke sebelah, ternampak suami saya terjaga dan dia sedang bermain telefon bimbitnya. 

"Kenapa tak tidur?" 

Soalan itu tak berbalas. Suami hanya senyap sahaja. 

Jam 4.35 pagi, saya terjaga lagi dan suami masih belum tidur lagi. 

"Kenapa tak tidur-tidur lagi ni?" 

Suami masih diam membisu. Dalam keadaan mamai itu, saya tak sedar dan tertidur sahaja.

Azan Subuh itu saya terjaga. Rupa-rupanya suami masih berjaga sehingga azan Subuh. Saya periksa telefon bimbit, ada mesej di WhatsApp. Dihantar oleh Iera Mohd Jefri, jam 1.36 pagi tadi. 

"Kakak sayang, dah tidur ke?" mesejnya. 

Saya tak reply, saya solat Subuh dulu dan selepas itu bersiap-siap nak keluar sarapan pagi. Sampai di kedai mamak, suami pun buka cerita. Rupa-rupanya suami terjaga pada jam 4 pagi itu, sebenarnya dia ternampak pintu bilik air terbuka. Dia nampak melalui cermin meja solek. Tiada angin. 

Pintu itu pula jenis pintu plastik. Yang mana kalau kita tutup pun bunyi, buka pun berbunyi juga.

Suami rasa tak sedap hati dan dia terus berjaga. Patutlah dia senyap saja bila saya tanya kenapa dia masih belum tidur lagi. Dia sengaja tak nak beritahu saya pada waktu itu. 

Sambil-sambil itu, saya baru nak balas mesej dari Iera dan meminta maaf sebab tak balas mesej dia. Saya ceritakan segalanya apa yang suami saya nampak. Sembang punya sembang, Iera beritahu yang dia ada menghubungi saya pada jam 1.35 pagi. Katanya saya jawab panggilan dia. Tetapi dia hanya mendengar suara saya menangis teresak-esak. 

Saya terkejut! Saya terus periksa telefon bimbit dan ya memang ada rekod received call. Duration dalam 9 saat. Tetapi saya memang langsung tak jawab panggilan Iera, patah lagi menangis. Isk! Terus meremang bulu roma. 

Kata Iera, dia panggil saya berulang kali tetapi dia hanya mendengar tangisan saya sahaja. Lalu Iera tamatkan panggilan kerana memikirkan saya bergaduh dengan suami. Okay, ini kelakar. Hahaha! Sebab itu dia terus hantar mesej pada saya, dengan harapan mesejnya dibalas. Tetapi saya tak balas mesej yang dihantar jam 1.36 pagi itu. Saya kebinggungan seketika. 

Saya ceritakan kepada suami apa yang dimaklumkan oleh Iera. Aduhai, menguatkan lagi cerita seram suami tadi. Suami terus ajak saya check out awal. Kelam kabut kami packing barang. Sepatutnya boleh check out jam 2 petang, tetapi kami check out tergesa-gesa pada waktu tengah hari. 

Sampai di reception counter, saya ceritakan hal itu kepada dua kakitangan wanita. Mereka terperanjat. Tiba-tiba ada seorang pengawal keselamatan India mencelah. 

"Ya, ya. Ada tetamu yang lain juga menceritakan perkara yang sama," katanya membuatkan kami semua meremang bulu roma. 

Kakitangan itu berkali-kali memohon maaf dan saya maafkan sebab perkara begini di mana-mana pun boleh berlaku, kan? Sebagai tanda maaf, mereka berikan saya diskaun. 

"Jangan serik datang menginap di sini lagi ya. Jangan risau, nanti kami beri bilik yang lain," katanya. 

Erk? Tak nak. Tak nak dan memang tak nak! Dari cerita mereka, resort ini sudah setahun tidak beroperasi. Sebelum ini, tempat ini adalah asrama pelajar dan kini telah diubahsuai. Apa yang lebih mengejutkan ialah, pada malam kejadian itu hanya saya dan suami sahaja yang menginap di situ. Tiada orang lain. Oh my.. 

Yang menjadi persoalannya kini ialah, siapa yang menjawab panggil telefon dalam masa 9 saat, jam 1.35 pagi itu di bilik Anggerik, 105?

Sumber: Oya Suria

Kredit: The Reporter

Merecik Hawau – Jaa Era FM Ajar Shah Rukh Khan Cakap Dialek Melaka


Penyampai radio Era FM, Jaa Suzuran mengajar aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) untuk bercakap dalam dialek negeri Melaka.

Menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook Era FM, Jaa mengajar SRK untuk mengucapkan ayat ‘merecik hawau’.

Selain dialek negeri Melaka, Jaa juga mengajar SRK untuk menuturkan ayat dalam dialek negeri Kelantan.

Jaa mengajar SRK untuk mengucapkan ayat ‘kawe sakit motor sakit boh’.

Rata-rata netizen terhibur dengan aksi SRK bertutur dialek Melaka dan Kelantan serta menganggap SRK kelihatan sangat comel apabila menuturkan ayat-ayat tersebut.

Jaa atau nama sebenarnya Mohammad Faizal Ahmad, 23, merupakan selebriti sulung dari Malaysia yang dapat menemuramah SRK di kediamannya baru-baru ini.

Jaa bertolak ke India pada malam Khamis lalu untuk menemubual SRK bagi mempromosikan filem terbaharunya, Jab Harry Met Sejal.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

 
Sumber: Astro Gempak

Monday, 17 July 2017

Siapa Sebenarnya Datuk Kabi - Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 16 Julai – Pernah didakwa di mahkamah lebih lima kali kerana terlibat dalam puluhan kes penipuan jual beli kereta dan cek tendang namun dia dipercayai hanya dikenakan pe­rintah sekatan daerah.

Itu maklumat mengenai Datuk Kabi yang sebelum ini pernah disiarkan di akhbar-akhbar.

Sehingga kini, Datuk Kabi atau nama sebenarnya C. Kamaleshwaran, 38, berasal dari Kuala Ketil, Kedah dan turut dikenali sebagai Datuk Eswaran, Datuk Kumar serta Datuk Ramesh didakwa masih terlibat dalam penipuan jual beli serta pajakan kereta.

Kegiatannya mula terbongkar selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang pada 2 Januari 2009 atas tuduhan menipu seorang jurujual, Ng Cheiw Beng, 43, dengan kerugian RM75,000 sebagai bayaran membeli sebuah kereta.

Tiga hari kemudian, dia turut didakwa menipu seorang wanita C. Rethnadevi bagi pembelian sebuah Proton Perdana bernilai RM62,000 dengan menyerahkan cek bernilai RM57,000 yang tidak sah dalam kejadian di Restoran Pappadam di Sungai Nibong pada 6 Julai 2005.

Bagi tuduhan kedua, Kamaleshwaran didakwa melakukan kesalahan di tempat yang sama pada 10 Februari 2006, melibatkan penipuan cek bernilai RM10,000 bagi bayaran ansuran sebuah kereta BMW 320i kepada seorang jurujual, Peh Eng Hiam.

Walaupun kes tersebut masih dibicarakan, namun dia terus menjalankan kegiatannya pada bulan Mac tahun yang sama atas kesalahan menipu seorang lagi individu iaitu Wong Hon Chong melibatkan pembelian kereta Proton Perdana pada Mac 2006.

Pada 10 April 2012, Datuk Kabi telah dihadapkan di dua mahkamah berasingan iaitu di Ampang dan Petaling Jaya atas empat pertuduhan memberi cek tendang kepada seorang peniaga dan pengurus jualan membabitkan lebih RM27,000 pada tahun 2008.

Difahamkan, Datuk Kabi pernah melarikan diri semasa dalam jaminan mahkamah bagi lima kes penipuan serta terlibat dengan 10 kes jenayah di Kuala Lumpur dan lapan kes jenayah di Selangor.

Individu berkenaan pernah dikenakan perintah sekatan daerah selama dua tahun di Johor atas kesalahan yang sama malah pernah ditahan bagi membantu siasatan berhubung 25 kes peni­puan cek mencecah jutaan ringgit dalam urusan pembelian hartanah.

Sumber: Utusan Malaysia, 17 Julai 2017

Friday, 14 July 2017

Pelajar bermarkah ‘0’ melukis seekor gambar kucing yang tidak memuaskan guru kelasnya, tetapi gambar tersebut mendapat sambutan hangat daripada media sosial. Kenapa agaknya?


Kanak-kanak sentiasa mempunyai idea yang bernas bagi melukiskan apa-apa lukisan. Menggunakan imaginasinya, lukisan itu sentiasa memberikan hasil yang kreatif.
Namun demikian, seorang pelajar tidak mendapat sebarang markah selepas melukiskan gambar seekor kucing.
Pada guru tersebut, lukisan itu tidak langsung menggambarkan seekor kucing.
Kemudian, anak murid itu memuat naik gambar lukisannya ke dalam media sosial.
Hal ini dilakukan bagi membandingkan gambar yang dilukiskan dengan gambar yang sebenar.
Apabila melihat gambar yang sebenar, para pengguna media sosial berpendapat, guru tersebut tidak memahami sikap kucing
Malah, ramai pengguna media sosial mengatakan, gambar lukisan itu sangat bermakna dan memberi gambaran sebenar tentang si kucing.
Sebenarnya, kanak-kanak ini melukiskan sebuah lukisan kucing yang sedang dalam keadaan malas.
Oleh itu, lukisan kucingnya sangat berbeza dengan lukisan pelajar lain.
Lukisan itu menggambarkan keadaan kucing yang malas, tidak bermaya, dan wajah yang muram manakala kebanyakan pelajar lain melukiskan wajah kecomelan si kucing.
Rupa-rupanya, apabila kucing menjadi malas, bentuk fizikalnya juga boleh berubah.
Lukisan kanak-kanak ini juga menunjukkan kepintarannya kerana mampu melukiskan sesuatu daripada sudut berbeza dan mudah mencontohi perkara yang dilihatnya.
Sebagai satu hiburan, mari melihat gambar kucing yang pemalas!

Kredit: Era Baru

Altimet Kongsi Rahsia Barang Niaga Artis Di Mudah.my


Mudah.my, platform urusniaga yang paling efisyen di Malaysia. Sebut sahaja barang apa, mesti akan ditemui di ruang niaga itu.
 
Namun, pernah tak anda terfikir dengan siapa sebenarnya anda sedang berurusniaga? 
 
Jika anda bertuah, anda bakal menjadi pemilik baharu barangan artis terkenal seperti Jaclyn Victor, Liyana Jasmay, Datuk Hans Isaac, Sarimah Ibrahim, Aliff Aziz dan mungkin milik ratu cantik Deborah Henry!
 
Menerusi sebuah rancangan baru, My Mudah Stories bersama Altimet, penyanyi rap terkenal itu akan berkongsi kepada anda tentang rahsia barangan yang pernah dijual atau dibeli oleh artis kesayangan anda di Mudah.my.
 
Rancangan yang bakal ke udara setiap hari Ahad pukul 11.30 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD itu akan menceritakan lebih lanjut pengalaman artis memasarkan barangan mereka di platform itu.
 
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan rancangan My Mudah Stories bermula 16 Julai iaitu hari Ahad ini. My Mudah Stories bermula 16 Julai iaitu hari Ahad ini. Mudah.my, Malaysia's Largest Marketplace.

Teks oleh: Amri Hassan

Sumber: Astro Gempak