Wednesday, 12 July 2017

“Kami Kahwin Beberapa Bulan Sahaja Lagi” - Astro Gempak


Awal bulan lalu, ramai yang gembira apabila dapat tahu yang penyanyi muda Sufian Suhaimi telah menghantar rombongan untuk merisik Elfira Loy dan dalam masa yang sama mendoakan supaya pasangan tersebut supaya cepat berkahwin.
Dalam satu temubual eksklusif bersama ERA fm baru baru ini, pasangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy mendedahkan yang mereka memang dalam perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat namun masih belum mempunyai sebarang tarikh tetap.
“Beberapa bulan sahaja lagi — cuma belum ada tarikh yang tetap. Lebih kurang hujung tahun ini atau awal tahun hadapan,”ujar Sufian Suhaimi apabila diajukan soalan cepu emas tersebut.
Ikuti temubual tersebut menerusi video di bawah, memang sweet pasangan ini apabila berada bersama di hadapan kamera.

Sumber: EraFM Kredit: AstroGempak

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.