Friday, 30 June 2017

'Jika cucu-cucu saya, dah lama kena tangan' - Chef Wan


Bila datang beraya di rumah orang, ibu bapa perlulah mengawal dan menjaga kelakuan anak mereka agar tidak menimbulkan sebarang masalah sehingga mengundang rasa tidak senang tuan rumah. 

Baru-baru ini Chef Wan meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai sikap sesetengah ibu bapa yang hanya membiarkan anak-anak mereka berkelakuan seperti itu. Pernah dia terpaksa menegur anak-anak tetamunya dengan cara baik. Bagaimanapun katanya, ada ibu bapa yang tidak senang dengan tindakannya itu. 

"Setiap hari raya, saya pasti ada masalah dengan kuah rendang atau kuah kacang yang meninggalkan kesan kotoran di kerusi meja makan.  My bro kata, ada anak tetamu yang jatuhkan kuah makanan di atas kerusi. 

"Setiap tahun, macam-macam tetamu yang menziarahi rumah kami yang anak-anak kecil mereka bermain meramas kuih-kuih dan taburkan di atas lantai. Tetapi Ibu bapa mereka kisah pun tidak. 

"Sudah tentu saya akan menegur mereka seperti mana saya menegur sesetengah tetamu yang mengambil kek dan biskut, kemudian tinggalkan di pinggan tanpa memakannya. Saya tegur mereka dan kata, jika tak nak makan, jangan membazir makanan seperti itu. Teguran ini bukan sahaja untuk orang dewasa, tetapi untuk kanak-kanak juga. Sebab ramai lagi yang nak menjamunya. 

"Ibu pernah tegur tindakan saya menegur anak-anak tetamu kerana bimbang tetamu kecil hati. Saya beritahu ibu bahawa tetamu yang berperangai seperti itu perlu ditegur. Jika tidak, ia akan menjadi tabiat yang kemudian akan dibawa dan dilakukan pula di rumah orang lain. 

"Bukan jenis saya untuk melihat saja perbuatan seperti itu dan bercakap di belakang mereka mengenai perbuatan mereka yang saya tidak suka. Saya lebih suka tegur depan-depan secara baik. Saya rela tidak ada tetamu seperti itu yang tidak belajar bagaimana menghormati rumah orang. Segala adab nak masuk ke rumah orang, mereka mesti pelihara dengan baik. 

"Saya juga pantang bila ada tetamu yang datang ke rumah suka meraba itu dan ini. Ada yang selalu bertanya berapa harga itu dan ini. Bila ada yang tanya berapa harga nilai rumah atau harga almari antik itu dan ini, pasti saya bahasakan, 'nak tolong bayarkan hutang ke, sibuk menanya itu dan ini harga berapa?'," tulisnya di Instagram,

Bukan itu sahaja, ada juga tetamu yang menggunakan tandas di rumahnya tidak mengepam tandas selepas digunakan dan kencing berterabur. 

Bagaimanapun, Chef Wan bukanlah melabelkan semua tetamunya begitu. Hanya segelintir sahaja yang berperangai seperti itu. 

"Macam-macam manusia yang tak ambil kisah. Yang anak lari sana sini seperti dirasuk pelesit pun ada. Langsung tak makan saman. Bila dah kena jerit dengan saya beberapa tahun lalu, langsung tak datang lagi. Mana tidaknya, ibu bapa boleh pandang macam tunggul saja. 

"Jika cucu-cucu saya, dah lama kena tangan seperti arwah ayah saya lakukan sewaktu kami kecil dahulu. Ibu cubit adik-adik sampai lebam.

"Pelik bila kita jadi ibu bapa tak boleh lentur anak-anak sejak kecil lagi," tulisnya. 

Sumber: TheReporterMy

Lintasan Terapung 3D Di Terengganu - Idea Unik & Menarik


Kuala Nerus: Lintasan pejalan kaki tiga dimensi (3D) memang tidak pernah dilihat di tempat lain tetapi inisiatif dan idea kreatif yang dilaksanakan Pejabat Daerah Kuala Nerus di jalan berhampiran medan selera berkonsep kabin, Dapo Pata di Tok Jembal di sini, menarik perhatian ramai.
Keunikan yang ditampilkan itu menarik perhatian ramai, sekali gus mengundang pengunjung medan selera berkenaan dan penduduk sekitarnya menggunakan lintasan terbabit untuk melintas jalan.
Ramai juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar di atas lintasan berkenaan bagi mengabadikan keunikannya.
Bagi penduduk Kampung Jembal, Muhammad Hishamuddin Mad Zali, 28, kewujudan lintasan itu sesuatu yang dialu-alukan penduduk sekitar.
“Ia satu idea kreatif dan membuatkan kampung ini semakin popular apabila ramai tularkan keunikan lintasan berkenaan di media sosial.
“Ramai yang datang bergambar sejak wujudnya lintasan ini pada akhir bulan lalu dan mereka kemudian memuat naik di media sosial,” katanya.
Menurutnya, selain idea yang segar, lebih penting orang ramai dan pengunjung medan selera menggunakan lintasan terbabit untuk melintas jalan.
Sebelum ini memang sukar untuk menarik orang ramai menggunakan lintasan pejalan kaki tetapi dengan konsep sedemikian, ramai orang tertarik, sekali gus ia menjadi perkembangan yang baik.
“Saya berasakan konsep lintasan seperti ini wajar diperluas di tempat lain terutama di lokasi yang dikunjung ramai orang,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Daerah Kuala Nerus Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil berkata, berikutan sambutan positif orang ramai yang tertarik dengan penghasilan lintasan terapung, Pejabat Daerah Kuala Nerus mengambil inisiatif mewujudkan satu lagi karya 3D berkenaan di Teluk Ketapang.
Lintasan 3D yang terletak di jalan utama berhampiran deretan gerai menjual ikan celup tepung itu siap, baru-baru ini.
“Pihak kami juga bercadang mewujudkan satu lagi lintasan pejalan kaki 3D di kawasan berhampirannya tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, selain menjadi tarikan pelancong, lintasan pejalan kaki berkenaan diwujudkan bagi memperkenalkan kemahiran pelukis dari Terengganu kepada masyarakat luar.
“Selepas lintasan pejalan kaki 3D berhampiran Dapo Pata siap, pelukisnya mendapat banyak tempahan dan secara tidak langsung memberi pulangan kepada daerah dan negeri ini juga,” katanya.

Sumber: Harian Metro Online, 30/06/2017

Thursday, 29 June 2017

3 Tahun Ditipu Suami, Patutlah Duit Gaji Suami Selalu Habis..


Hati isteri mana yang tidak terkilan bila mendapat tahu suami yang dipercayainya selama ini telah mengkhianati perhubungan mereka. Setiap bulan si suami memberi alasan gajinya habis diberikan kepada keluarganya yang hidup susah di kampung, rupa-rupanya dihabiskan untuk perempuan simpanannya.

Si isteri yang sedar akan kecurangan suaminya tidak menghalang lelaki itu untuk berkahwin lagi, namun meminta dia dilepaskan terlebih dahulu. Sungguh si suami tidak bersyukur. Sedangkan ketika dia susah, isterinya itulah yang membantu dia sehingga hidup senang. Bila dah hidup senang, si suami ambil kesempatan berlaku curang.

SALAM ADMIN

Hari ini saya nak kongsi dengan wanita di luar sana. Jadi wanita harus kuat, jangan terus diperbodohkan. Sudah tiga tahun saya berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. Sepanjang tiga tahun itu suami curang terhadap saya, pergunakan saya dan memperbodohkan saya. 

Untuk suami, terima kasih. Kau mengajar aku mengenal manusia. Kau ajar aku yang mana benar, yang mana dusta. Kat-kata kau kahwin aku cuma satu dusta. Mulut kau penuh dosa dan begitu juga dengna seluruh anggota badanmu.

Untuk jari yang telah kau patahkan, untuk hati yang telah kau remukkan, untuk harta dan duit yang telah kau curi, untuk segala sakit yang kau berikan, untuk segala caci dan maki, tidak pernah dapat aku maafkan. Biar Allah SWT lebih mengetahuinya. 

Untuk Zaza perosak rumah tangga, jadilah perempuan bermaruah. Waktu dulu ya, suami aku tipu kau cakap dia bujang. Tetapi sekarang hakikatnya bila kau dah tahu, kau yang terhegeh-hegeh mencari suami aku. Kau terhegeh-hegeh mengadai maruah. 

Sebab sayang? Kenapa dia ajak kau kahwin tetapi kau tak nak? Sebab kau pun cuma minta duit, kan? Aku bagi pun dia kahwin dengan kau, tak pernah aku halang. Dari terus bermaksiat.  Tetapi lepaskan aku dengan cara baik sebab aku tak nak bermadu dengan wanita tarafnya seperti kau. 

Keluarga saya menerima dia tanpa sebarang hantaran. Ikhlas berharap anak diberi sepenuh kasih sayang. Tanpa apa yang diberikan? Kecurangan, keseorangan, penipuan, patah mematah. 



Saya sudah letih berkahwin dengan suami kaki penipu. Dah tak terdaya nak memperbetulkan keadaan kerana jika benar, harus ada usaha dari dua pihak. Tetapi bila ada syaitan mengoda (perempuan tak tahu malu), memang kelautlah jawabnya. Lebih baik hidup sendiri dari bertemankan air mata. Bersuami tetapi seringkali bersendirian. 

Ketika saya kahwin, suami saya tiada apa-apa. Saya bantu dia untuk bangkit bersama-sama. Saya beri kenderaan memudahkan dia pergi bekerja. Di saat dia memerlukan duit, saya berikan. Tetapi hakikatnya dia buat saya seperti bank dengan alasan nak duit minyak, duit makan.

Rupa-rupanya main betina. Betina pun cuma minta duit. Ya betul, suami cakap pada mulanya kau perempuan bayaran. Sekarang terbukti, kau minta duit, kau bagi badan. I am pity a bitch like you. Menagih kasih perosak rumah tangga orang. 

Untuk pengetahuan, duit gaji suami seringkali habis dengan alasan diberi kepada keluarga (keluarga suami susah). Saya tidak pernah marah tetapi apa yang membuatkan saya kecewa ialah, selepas saya korbankan tetapi saya dapat cuma penipuan dan layanan seperti hamba. 

Doakan semoga perjalanan saya lebih sempurna bersama anak-anak. Saya tidak mahu hidup dalam kemaksiatan suami dan perempuan yang tidak tahu malu itu. Saya bagi suami kahwin, cuma saya tidak mahu bermadu. Saya minta diceraikan dengan cara baik.

Setiap kali itu cakap dia kahwin cuma satu? Tetapi melayan isterinya seperti hamba. Saya memang dah tak ada hati buat suami. Cuma selama ini bertahan untuk anak-anak. Tetapi hari demi hari saya rasa tiada guna. Dia bukannya ada masa untuk anak-anak. Saya lebih selesa untuk hidup sendiri. 

Untuk wanita yang dianiaya, jangan terus biarkan diri anda dianiaya oleh suami. Kalau sayang, tiada curang. Kalau nak berubah, sudah lama berbuat demikian. Tiga tahun saya dianiaya, sudah cukuplah. Saya letih dan saya juga mahu hidup gembira.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Kredit: TheReporterMy

Tuesday, 27 June 2017

"Orang Tua Pesan Jangan Ambil Gambar, Tetapi Degil" - tengok apa dah jadi..


Sebelum masuk kepada cerita asalnya… Sedikit info tentang rumah warisan melayu ni. Lokasi Rumah Tok Su sekarang adalah berhadapan dengan #Wisma Darul Aman tapi Rumah Tok Su ni bukan Asal dari situ tapi di bawa dari Kampung Permatang Kerat, bandar Baharu kemudian di tempatkan kat situ. Susah jugak nak pasang rumah Tok Su ni. Lebih kurang 4 #bulan baru siap. Rumah #Tok Su ni di beri nama sempena nama anak bongsu pemilik rumah ni.





Telah menjadi viral dalam #FB apabila dalam sekeping gambar dua orang wanita bergambar di rumah Tok Su, muncul kelibat mengintai di celahan langsing tingkap. #Mengikut kata Adam Meyza, “Td adaa p bgmbaq kat umaa tok su…depa pesan jgn tgkp gmbaq dlm umaa..so tgkp laa gmbaq daqi luaqq .. bdan kak xnmpak … nmpak bnda lain .. tgkap gmbaq ank mnkan pn ttba hilang dlm fon ..caqi xjmpak … klau zoom nmpak mcm pmpuan tua dok tgok tepi #tiqai …. msok mmg ceqing bulu qoma ….”


Siapakah gerangan #lembaga tersebut? Masih menjadi misteri sehingga kini.

Sumber: hitamputihkehidupan09.blogspot.com

'Barang dikeluarkan, RM1,000 hilang, apa hak pihak hotel sentuh barang peribadi kami?' - Pengadu


IPOH, PERAK - "Apa hak pihak hotel boleh sentuh barang peribadi kami?" demikian kata pelanggan hotel yang mendakwa mereka dianiaya seperti tiada maruah. 

Dalam kejadian awal pagi hari raya ketiga, Ucu Baah berkata, ini merupakan kali ketiga mereka menginap di hotel berkenaan dan tidak menyangka dilayan sebegitu rupa. 

"Sedih kami, sedih. Di awal subuh pagi raya ketiga, nasib yang menimpa kami. 



"8.50 malam 26 Jun lalu, kami daftar masuk di Hotel Bajet Medan Kidd. Jam 10 malam kami keluar untuk beraya di rumah saudara. Lagi setengah jam nak bergerak pulang, adik mendapat panggilan telefon yang pihak hotel mengatakan bilik adik ipar sebenarnya sudah ditempah. 

"Jam 12.45 pagi 27 Jun, kami pulang dan terkejut apabila mendapati semua barang adik ipar dan mak mentua diletakkan di laluan kaki lima bilik. Baju mak mentua, makanan bayi serta beg diletakkan merata dan bersepah-sepah seperti menjatuhkan maruah kami. 

6

5

7

"Apa hak pihak hotel boleh sentuh barang peribadi kami? Pelanggan yang booking sebelum ini mengarahkan pekerja hotel itu mengeluarkan barang-barang dan diletakkan di luar tanpa menunggu kami pulang dari beraya. 

"Yang sedihnya adik ipar hilang duit raya sebanyak RM1,000 untuk diberikan kepada anak-anak saudara. Yang paling sedih pekerja hotel telah menghubungi pemilik hotel dan dia enggan membayar ganti rugi serta tidak mahu bertanggungjawab di atas kehilangan kami.

"Datang ke hotel untuk selesaikan masalah pun tidak. Lagi menambahkan masalah adalah," katanya yang juga berharap orang ramai berhati-hati jika mahu menginap di hotel berkenaan. 
Dalam post itu juga, ucu memuat naik screenshot mesej ugutan dari seorang individu yang mendakwa abang kepada adik angkatnya yang bekerja di hotel berkenaan. 

Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai anak buah kepada Ayah Harun, Ayahanda Pekida Kedah itu kononnya adik angkat dan rakan sekerjanya itu tidak bersalah. 

"Aku dengar cerita la dari mulut adik angkat aku sendiri cerita sebenarnya. Baik kau cari duit tu elok-elok dan jangan tuduh orang sesuka hati je. Entah-entah kau yang salah letak duit itu dekat mana lepas tu nak tuduh adik aku dengan kawan sekerja dia," katanya yang juga mendakwa adik angkatnya itu tidak tahu apa-apa mengenai kehilangan duit RM1,000 itu. 

2

Dalam mesej itu, lelaki itu memberi amaran pertama kepada Amir agar tidak menimbulkan sebarang masalah kerana dia sagat dikenali di kawasan Ipoh dan Kuala Lumpur. Malah mengajak Amir untuk bertemu di Chow Kit yang merupakan kawasan jajahannya. 

"Kalau kau langgar tempat aku, kau akan mati. Chow Kit, Putrajaya dekat jambatan dan satu lagi kawasan Bukit Aman, jangan sesekali kau buat tahi dekat tempat aku. 

"Lagi sekali aku dapat tau kau tidur dekat hotel bajet mana-mana, lepas itu duit kau hilang berapa ribu ke, juta ke, billion ke, kalau kau buat kecoh, siap kau. Kau tunggu aku cari kau dengan keluarga kau sampai dapat. 

3

"Agak-agaklah bro. Takat RM1,000 ala sikit je bro. Uncle aku Dato' Aliff Syukri orang gaji dia dari Jakarta Indonesia curi duit hampir setengah juta tak buat kecoh pun. Uncle saya buat report polis dan biar polis selesaikan perkara sebenar," katanya. 

Bagaimanapun lelaki itu meminta Amir tidak membalas mesejnya itu kerana  nombor yang digunakannya itu adalah nombor adik angkatnya. Malah menegaskan tiada kepentingan untuk Amir menghubunginya. 

4

"Kau bukan orang kaya pun dan kau bukan orang setaraf dengan aku pun," katanya sebelum meminta Amir menjaga keluarganya baik-baik dan meminta maaf kerana menganggu. 

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa geli hati membaca mesej yang dianggap ditulis oleh budak BBNU serta ada beberapa netizen menghantar mesej ke nombor tersebut yang memintanya untuk turun ke Chow Kit dengan kadar segera bagi melihat siapa sebenarnya lelaki yang mengaku dirinya berkuasa sehingga orang di Ipoh dan Kuala Lumpur mengenalinya. 

Bagaimanapun, mesej itu tidak berbalas sehingga kini. 

Sumber: TheReporterMy

'Dah tegur jangan merokok sebab ada baby di belakang, marah pula'


KUALA LUMPUR - Berang ditegur jangan merokok. seorang lelaki bertindak mencampak puntung rokoknya kepada lelaki yang menegurnya itu. 

Dalam kejadian di sebuah kedai di Bestari Solaris, Dutamas, semalam, Zukhairi Ahmad, cuba menegur lelaki terbabit agar berhenti merokok kerana ada pelanggan di belakangnya yang membawa anak kecil. 

Malangnya, lelaki terbabit tidak mengendahkan teguran itu, malah dengan biadab mencampakkan puntung rokoknya ke arahnya. 

"Kawan hangpa ka ni? Kalau kau perokok tegar macam mana, di tempat awam tak kiralah hang duduk di situ dulu atau depa duduk kemudian, bila hang dah nampak ada keluarga duduk di belakang serta ada anak kecil yang sedang tidur dalam stroller, cuba hang guna akal hang. 

"Hormat dan berperikemanusiaanlah sikit. Hang dah toleh tengok dan nampak. Aku tegur hang sebab hang dah nampak. Tak elok hisap rokok sebab asap rokok hang ditiup angin menuju ke arah budak dalam stroller itu. 

"Dah tegur, hang marah lagi siap campak puntung rokok kat aku. Aku patah balik cakap elok-elok, hang bakar lagi sebatang dan hisap rokok dengan bangganya. 
"Haih, aku kasihan dengan attitude hang. Zaman brutal aku dah lama berlalu. Hang bernasib baik aku bersabar di Hari Raya kedua ini. Nasib rokok hang baling itu tak kena aku," tulisnya di Facebook. 


Gambar yang dimuat naik oleh Zukhairi pada jam 9.29 malam Isnin itu telah dikongsi 4,084 kali oleh pengguna Facebook dan menerima pelbagai reaksi netizen yang mengecam tindakan lelaki terbabit. 

"Saya pun perokok tegar juga tetapi bila berada di depan anak-anak atau di tempat awam terutamanya kedai mamak atau restoran, memang saya akan keluar. Paling tidak, di parking kereta untuk merokok kerana risau orang tak selesa sebab bukan semua orang boleh hidu bau asap rokok. Depan mak ayah pun tak ada nak merokok sebab hormat," kata Abi Sumayyah Dan Uzair. 

Bagaimanapun ada segelintir netizen pula berpendapat, lelaki itu terlebih dahulu duduk di situ dan dia tidak sepatutnya dipersalahkan. Sebaliknya wanita yang membawa anaknya itu perlu berganjak ke meja yang lain jika mahukan keselesaan. 

"Jika bukan kawasan larang merokok, lelaki itu tidak bersalah. Siapa yang sampai dulu, kalau ada baby pun, boleh cari tempat lain," kata netizen. 

Merokok di tempat awam adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan saman. 

Sumber: TheReporterMy

Monday, 26 June 2017

Giliran Balik Raya Menurut Islam - Suami Isteri Perlu Baca Penjelasan Ini


Giliran balik raya??? 😁

Sebenarnya tidak wujud istilah giliran balik raya, tahun ni rumah suami tahun depan rumah isteri.

Sedangkan seorang isteri nak kluar rumah pon perlu kepada keizinan suami, jadi mana mungkin berlaku paksaan seorang isteri kepada suami untuk mengikut giliran atau ke destinasi tertentu.

Namun apa yg diamalkan(giliran balik raya) tidaklah salah, cuma perlu sedar yang di amalkan(giliran blk raya) tersebut adalah atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri.

Jadi jika ada sesuatu keadaan yang perlukan kepada perubahan daripada giliran biasa, janganlah si isteri terasa yg suaminya tidak adil.

Dan si suami pula janganlah rasa menjadi tidak adil sekiranya terpaksa mengubah jadual kebiasaan tersebut jika keadaan memerlukan ( contoh : ibubapa sangat memerlukan kehadirannya disisi, mslh kewangan dll).

Jika kita renung perkara di bawah, kita pasti dapat menerimanya.

Terkadang kita lupa:
1. Ada suami yang lupa bahawa ibunya lebih Utama Dari Isteri

2. Ada Isteri yang lupa bahawa suaminya lebih Utama Dari ibubapa nya

3. Ada ibubapa yang lupa anak perempuannya perlu mrngutamakan suaminya dari ibubapa

4. Ada Isteri yang lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibubapa nya sendiri melebihi Isteri

5. Ada Anak lelaki lupa bahawa tangungjawab menjaga ibubapa tergalas dibahu mereka Dan bukan pada Anak Anak perempuan

6. Ada anak perempuan terlupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami lebih Dari ibubapa nya sendiri.

Panduan semoga kita tidak menghadapi masaalah menentukan perlu berhari raya.

Wallahualam...

Sumber: FB PesanBonda

Sunday, 25 June 2017

153 mangsa rentung ketika cuba mengambil minyak tumpah dari lori tangki terbabas yang tiba-tiba meletup


PAKISTAN - Sekurang-kurangnya 153 orang terbunuh dan sekitar 140 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku selepas lori tangki minyak terbalik di Pakistan dan orang ramai bergegas mengumpul minyak tersebut. 

Tragedi itu berlaku sehari sebelum Pakistan menyambut Hari Raya Aidulfitri selepas sebulan berpuasa, dengan lebuhraya yang sesak susulan ramai yang pulang berhari raya di kampung. 

Gambar kejadian menunjukkan api yang marak dan asap tebal, bersama dengan beberapa buah kenderaan yang hangus. 

Lori tangki minyak itu dilaporkan kemalangan berdekatan bandar Timur Ahmedpur, 416 batu dari selatan ibu kota Islamabad. 

"Seramai 140 orang cedera, termasuk 40 orang dalam keadaan kritikal," kata Mohammad Baqar, pegawai perkhidmatan penyelamat tempatan. 

Sementara itu pihak tentera telah menghantar helikopternya untuk membawa mangsa-mangsa yang cedera dan hospital diarahkan bersedia menerima mangsa-mangsa kejadian itu. 

Orang awam, Mohammed Salim, cuba memadamkan api dengan sebaldi air dan air, namun gagal kerana api terlalu besar dan panas dan tidak dapat membantu mangsa-mangsa kejadian. 

"Saya terdengar suara jeritan mangsa-mangsa, tetapi saya tidak dapat membantu mereka," katanya. 

Abdul Malik, pegawai polis tempatan yang pertama tiba di tempat kejadian itu berkata, "Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini seumur hidup saya. Mangsa terperangkap dalam api dan mereka menjerit meminta tolong. 

"Kami nampak mayat di merata tempat dan kebanyakan dari mereka sudah tinggal tulang. Manakala mangsa-mangsa yang lain cedera parah," katanya. 

Ramai mangsa yang cedera terbakar 80% dibawa dan dirawat Hospital Bahawalpur Victioria di selatan Punjab.

Mangsa-mangsa yang maut termasuk kanak-kanak, perlu menjalani ujian DNA untuk dikenalpasti berikutan kebanyakan mangsa terbakar dalam keadaan teruk," kata Mohammad Baqar. 

Perdana Menteri, Nawaz Sharif menyatakan rasa sedihnya dengan kejadiaan itu dan mengarahkan kerajaan wilayah Punjab yang dikendalikan oleh suadaranya, Shahbhaz Sharif, menyediakan bantuan perubatan penuh. 

Lori tangki minyak itu dilaporkan hilang kawalan lalu terbalik di lebuh raya kira-kira 60 batu di barat daya Multan yang ketika itu dalam perjalanan dari Karachi ke Lahore, ibu kota Punjab.

Kredit: TheReporterDotMy

'Inilah Henna Paling Buruk Pernah Aku Buat' - Pelanggan Kecewa

1

Bagaikan tidak percaya, harga yang dikenakan bagi perkhidmatan membuat Henna ini tidak setanding dengan harga. Nak kata cantik, tak juga. Nak kata buruk, memang buruk. 

"Pagi-pagi dah terkejut terima gambar-gambar dari group Henna di WhatsApp. RM15 untuk satu tangan? Pergh!! 

"Tahulah masa raya ini nak kumpul duit, berniaga dengan melukis inai. Tetapi agak-agaklah kenakan bayaran RM15. 
"Tang rupa, saya tak nak komen tetapi kalau ikut design, RM10 pun dah kira mahal untuk design seperti itu. Pesan saya, berpada-padalah. Nak niaga tak salah tetapi agak-agaklah," tulis Norra Jamal di Facebooknya semalam. 

Menurut @Azeeqilyanna,  dia membuat inai itu bersama dengan adiknya di sebuah kedai berdekatan Axis Kin. 

"Masa itu buat inai dengan adik. Kedai itu caj RM15 untuk satu tangan. Total empat tangan dah jadi RM60. Menyesal buat," tulisnya di Instagram. 

0

Sementara itu di media sosial, netizen mengkritik tindakan kedai itu mengenakan caj yang mahal namun designnya langsung tiada kualiti. Malah, netizen membandingkan harga inai yang dibuat oleh Norra Jamal RM5, jauh lebih cantik dari RM15 seperti dalam gambar. 

Berhati-hatilah semua. Nak buat inai, dapatkan perkhidmatan dari mereka yang pakar. 

Sumber: TheReporterDotMy

Lagu Raya Pilihan Peminat


Setiap kali menjelangnya lebaran, sambutannya tentunya tidak akan lengkap jika tidak diiringi dengan dendangan lagu raya.
Setiap tahun, ada juga beberapa artis hadir dengan karya terbaru bagi mengisi permintaan peminat.
Namun begitu, rata-rata masih mahukan lagu-lagu lama yang malar segar kerana ia mampu mengimbau kenangan beraya.
Berikut adalah 10 lagu raya yang menjadi pilihan pembaca Harian Metro di laman sosial.
Sesuci Lebaran (Datuk Siti Nurhaliza)
Lagu ciptaan Pak Ngah dendangan Datuk Siti Nurhaliza ini sememangnya ‘berhantu’.
Kehadiran lagu ini sekitar 2003 sememangnya mencuri tumpuan ramai dengan rentak tradisional yang diadun dengan melodi ‘catchy’.
Secara ringkas, Sesuci Lebaran mengajak pendengar membersihkan jiwa, berdoa kepada Ilahi, memohon restu ayah dan ibu, membantu golongan susah selain bergembira.
Nazam Lebaran (Datuk Siti Nurhaliza)
Sebuah lagi lagu Datuk Siti sempena Aidilfitri yang kerap berkumandang di radio dan skrin TV.
Kekuatan Pak Ngah sebagai komposer sekali lagi diterjemahkan dalam lagu Nazam Lebaran. Berbanding Sesuci Lebaran yang berpengaruh dangdut dan Arab, Nazam Lebaran lebih kepada rentak inang dengan lirik yang berkias tinggi melambangkan budaya Melayu.
Ia mengajak menyucikan jiwa dan kembali kepada fitrah kehidupan yang mulia dan diberkati.
Suasana Hari Raya (Anuar Zain & Ellina)
Mencecah usia 30 tahun, lagu Suasana Hari Raya ciptaan komposer Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan ini sentiasa memikat hati pendengar dengan petikan gitar pada intro melodinya yang berentak inang.
Kemeriahan tergambar dalam lirik ciptaan Habsah Hassan itu yang menceritakan perasaan ibu dan ayah menyambut kepulangan anak rantau disusuli budaya ziarah menziarahi dan pemberian duit raya. Usik mengusik antara Anuar dan Ellina begitu bersahaja.
Indahnya Beraya Di Desa (Azlina Aziz)
Ini lagu pop dangdut paling menarik ciptaan S Atan. Ia benar-benar menceritakan suasana beraya di kampung yang cukup meriah sekali. Lengkap dengan segala macam elemen raya serta ditambah dengan kelunakan suara si penyanyinya Azlina Aziz, lagu ini tidak boleh tidak, mesti ke udara di radio menjelang Aidilfitri dan menjadi semakin ‘evergreen’.
Pulanglah (Aishah)
Kemampuan Aishah menyanyikan lagu Melayu Asli sudah lama terbukti. Maka lahirlah sebuah lagu raya berentak asli berjudul Pulanglah ciptaan Adam Ahmad.
Lagu ini membuatkan hati pendengar menjadi begitu sayu tatkala mendengar rintihan suara Aishah yang meluahkan soal perpisahan, kerinduan serta kekecewaan sehingga terpaksa menyambut Aidilfitri sendirian.
Satu Hari Di Hari Raya (Datuk M Nasir)
Lagu pop dangdut yang tercipta pada era 1980-an ini cukup ikonik buat sang pencipta dan penyanyinya, Datuk M Nasir.
Tidak lengkap raya tanpa lagu ini selain lagu wajib dendangan P Ramlee dan Saloma.
Satu Hari Di Hari Raya begitu meresap jiwa pendengar kerana ia mengangkat kebesaran Tuhan yang mencipta alam ini yang disinari cahaya indah. Di samping itu, lagu ini juga memuliakan kedudukan ibu bapa yang membawa erti kebahagiaan sebenar buat manusia di hari mulia.
Selamat Hari Raya (Allahyarham Puan Sri Saloma)
Lagu pop yang bunyinya cukup retro. Antara lagu ‘evergreen’ hari raya yang menggambarkan keseronokan menyambut Aidilfitri oleh semua golongan miskin atau kaya yang semuanya pasti memakai baju baru. Lagu ini juga punya ‘trademark’ tersendiri kerana adanya suara kanak-kanak mencelah dan meminta kuih sepotong.
Dendang Perantau (Allahyarham Tan Sri P Ramlee)
Intro gitar elektrik dalam lagu ini sudah cukup memberi indikasi bahawa hari raya sudah hampir tiba. Asasnya lagu ini adalah suara hati anak perantau yang merindui kekasih, insan tersayang, kampung halaman serta ayah bonda. Masa yang berlalu tentunya tidak akan kembali lagi dan semua itu tersurat dalam senikatanya. Pastinya suara merdu P Ramlee itu sendiri memberi impak besar kepada lagu ini.
Aidilfitri Di Alaf Baru (Datuk Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim, New Boyz & Anis Suraya)
Lagu raya artis SRC ini menjadi antara lagu raya pilihan ramai kerana gabungan suara popular terutama Siti Nurhaliza, Noraniza Idris dan Liza Hanim. Kemeriahan begitu tergambar dalam lagu Irama Malaysia ini dan masing-masing mengalunkan dengan lunak serta lenggok tersendiri termasuk gaya berzanji.
Hari Raya (iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin & Mimie Haris)
Tidak mudah untuk lagu raya generasi baru mendapat perhatian dan bersaing dengan lagu lama. Namun begitu, tuah ada pada lagu Hari Raya ciptaan Patrick Anohada.
Disampaikan secara kolaborasi oleh penyanyi generasi baru iaitu iamNEETA, Najwa Latif, Deanna Hussin dan Mimie Haris, Hari Raya menampilkan melodi yang menarik dan lirik yang ‘simple’. Ia kedengaran comel apabila dinyanyikan mereka.
Video muzik lagu ini juga menampilkan artis-artis itu beraya bersama peminat dan secara tidak langsung, ia terasa dekat dengan hati pengikut mereka.

Sumber: Harian Metro Online, 24 Jun 2017