Tidak berselindung dengan pernikahannya yang terbaru, penyanyi Jamal Abdillah mengakui bahawa dia telah pun bernikah buat kali keempat di usia 58 tahun bersama pilihan hati namun enggan mendedahkan maklumat lanjut berkenaan perkara tersebut.
“Ya, saya sudah bernikah. Betul, saya dah nikah. Cukup setakat itu. Tak perlu tanya lebih-lebih,” jawabnya kepada Harian Metro melalui Whatsapp.
Menurut sumber kepada portal berita itu juga, Jamal telah melangsungkan pernikahan kira-kira dua bulan lalu dengan gadis berusia 23 tahun berasal dari Kulim, Kedah dan majlis mereka dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Sementara itu menurut Jamal, majlis yang diadakan di kediamannya baru baru ini merupakan majlis tahlil untuk kedua arwah ibu bapanya selain doa selamat sempena menyambut Ramadan dan berpindah ke rumah baru.
Sekadar berkongsi info, Jamal kali pertama mendirikan rumahtangga bersama Basariah Abdul Latiff pada 1988 (bercerai 1996) dan kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani.
Sementara itu, bersama Fatimatuzahra (bercerai Mei 2007), Jamal dikurniakan seorang anak, Ahmad Zaki Yamani.
Sumber: RotiKaya/HarianMetro
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.