Tuesday, 9 May 2017

Kronologi Isu Ujang Dengan Syarikat Penerbitan Majalah Upin Dan Ipin


Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila Ujang memuatnaik status di Facebook menyatakan dirinya dipecat oleh syarikat penerbitan majalah komik Upin dan Ipin.
Sebelum ini kami pernah paparkan kisah Ujang dalam artikel Kerana Berbakat Besar, Lelaki Ini Ditolak Masuk Universiti 6 Kali.
Berikut ialah kronologi isu Ujang dengan syarikat sehingga hari ini.
5 Mei 2017

Ujang menulis sejarah majalah komik Upin & Ipin di Facebook. 6 tahun lalu syarikat penerbitan baru ditubuhkan memerlukan Ujang kerana tiada pengalaman menerbitkan komik.
Ujang menyatakan caj perkhidmatannya ialah sebanyak RM15,000 sebulan untuk penyediaan konsep, pagination, cara permohonan permit KDN, pengedar, ajar kawalan percetakan, menyusun sidang redaksi dan memantau perjalanan majalah.
Syarikat baru itu tidak mampu dengan bayaran tersebut dan menyatakan hanya mampu bayar RM2,000 sebulan. Ujang terima sebagai penasihat komik kepada syarikat tersebut.
6 tahun berlalu, timbul isu Ujang diberhentikan 24 jam melalui telefon. Ia sampai ke pengetahuan orang ramai melalui status Facebook yang ditulis oleh Ujang berserta dengan screenshot SMS. Lihat di sini.
7 Mei 2017

Ujang memuatnaik gambar screenshot mesej telefon dari Tengku Maziyah (nama yang tertera pada mesej tersebut). Ujang menyatakan:
“Jawapan dari Nyla Sdn Bhd membuktikan saya di pecat atas arahan pemegang lesen iaitu Les Copaque. Patutlah isu terbaru bulan ini ada 4 nama baru menggantikan saya sebagai penasihat komik.”
Anda boleh lihat ia di sini.
8 Mei 2017
Susulan nama syarikat terkenal disebut pada post terbaru Ujang, pihak berkenaan memberi respon terhadap isu ini. Ia dilaporkan oleh Malaysia Kini:
“Pemilik dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi, menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengeluarkan arahan supaya kartunis Ujang dipecat dari syarikat penerbitan majalah komik Upin & Ipin.”
Dalam artikel itu turut dinyatakan punca isu ini timbul. Pemilik Syarikat Nyla Sdn Bhd (penerbit bahan bacaan bercetak Upin & Ipin dengan izin berlesen dari Les’ Copaque), Tunku Maziah Tunku Mukhtar meminta nasihat Burhanuddin selepas jualan majalah komik Upin & Ipin menurun berbanding sebelumnya.
“Sebagai pengeluar komik, dia patut bagi cadangan bagaimana hendak naikkan edaran. Tetapi apabila dia balik dan kembali semula selepas itu, dia memberitahu, penasihat kata jangan ubah apa-apa.
“Kami tidak suruh (arah pecat), tetapi kalau sudah tidak boleh menasihat, tidak perlu jadi penasihat. Itu yang dia balik dan buang Ujang dalam tempoh 24 jam,” jelas Burhanuddin kepada Malaysia Kini.
Berikutan isu ini Facebook Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. menerima komen berbaur boikot daripada penyokong Ujang.

Sumber: TheVocket

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.